“Dulu Buli Sekadar Ejek Nama Bapa” – MK Dedah Pernah Membuli & Dibuli

“Dulu Buli Sekadar Ejek Nama Bapa” – MK Dedah Pernah Membuli & Dibuli

Penyanyi rap MK bersuara mengenai isu buli yang semakin membimbangkan melibatkan dalam kalangan pelajar sekolah.

Memetik mStar Online, MK berkata mengakui dia pernah melalui dua pengalaman berbeza iaitu menjadi mangsa dan juga pelaku buli namun budaya buli ketika itu tidak seteruk sekarang.

BACA: Tak Perlu Minta Persetujuan Isteri, MK Tahu Batasan

“Saya ada pengalaman membuli dan dibuli. Tapi waktu itu kita membuli bukan tahap seperti apa yang berlaku sekarang ini. Dulu buli sekadar mengejak nama bapa, tidaklah sampai tahap nak mencederakan orang,” katanya.

Sementara itu, MK berkata hatinya luluh apatah lagi membaca berita mengenai kes yang berlaku di Sabah baru-baru ini dan berpendapat pihak berkuasa perlu mengambil langkah membanteras gejala tersebut.

Tambah MK Lagi, dia tidka menafikan pengaruh buli mungkin berpunca pengaruh daripada filem dan drama serta semua pihak perlu memainkan peranan agar isu buli tidak terus berleluasa.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top