Edar 500,000 pek percuma Gardenia NuMee Mi Segera

Edar 500,000 pek percuma Gardenia NuMee Mi Segera

KUALA LUMPUR: Gardenia Bakeries (Kuala Lumpur) Sdn Bhd mengambil inisiatif mengedarkan 500,000 pek percuma Gardenia NuMee Mi Segera kepada orang ramai di Starhill Bukit Bintang, di sini semalam.

Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat & Perhubungan Awam Gardenia, Hazlinah Harun, berkata pemberian pek percuma ini adalah sebagai tanda Gardenia berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan tanpa henti dan sentiasa memilih jenama ini sebagai pilihan mereka.

Katanya, penghargaan ini juga dizahirkan selepas Gardenia menerima anugerah yang berprestij, iaitu Platinum Putra Brand Award, anugerah pilihan rakyat pada Januari lalu.

“Tidak dinafikan, selama lebih tiga dekad, Gardenia sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya dalam penghasilan produk berkualiti tinggi dan menghantarnya setiap hari untuk memastikan ketersediaan produk kepada semua rakyat Malaysia.

“Lima tahun lalu, Gardenia menceburi sektor pembuatan mi dengan menawarkan mi kuning segar pertama di Malaysia yang dipasteur, NuMee Mi Kuning, diikuti sektor mi segera pada September 2022 dengan pengenalan Gardenia NuMee Mi Segera.

“Justeru, kami percaya, tanggungjawab kami kepada rakyat Malaysia menjangkau di luar penghasilan produk dan perkhidmatan berkualiti.

“Gardenia akan terus memberi impak yang positif kepada masyarakat menerusi pelaksanaan dan menjunjung komitmen untuk sentiasa bersama pengguna,” katanya.

Lanjut harga promosi

Edar 500,000 pek percuma Gardenia NuMee Mi Segera

Jelasnya, Gardenia NuMee Mi Segera Kempen 500,000 Pek Percuma ini sudah bermula dari Februari lalu di pawagam terpilih dan masih lagi berlangsung di stesen transit aliran ringan (LRT) terpilih sejak 6 Mac lalu.

“Tidak kira sesiapa sahaja yang sedang menuju ke tempat kerja atau ke panggung wayang, Gardenia mahu memastikan bahawa hanya NuMee Mi Segera yang mereka perlukan.

“Di samping itu, harga promosi RM3.99 untuk bungkusan lima paket NuMee Mi Segera juga turut dilanjutkan,” katanya.

Bersempena kempen dan menjelang Ramadan, Gardenia juga merancang satu lagi aktiviti pemberian di Bazar Ramadan dan Stesen Rehat & Rawat terpilih dari 15 April hingga 1 Mei ini.

Hazlinah berkata, melalui payung #GardeniaCares, Gardenia juga akan menyumbangkan NuMee Mi Segera kepada siswa dan siswi daripada golongan memerlukan menerusi Yayasan Food Bank Siswa dengan harapan ia dapat membantu dalam meringankan beban pelajar ini sehingga tibanya Syawal.

“#GardeniaCares adalah satu daripada pelbagai cara lain dari Gardenia untuk membalas budi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top