
Ramai diantara kita yang mempunyai impian untuk tampil langsing dan menawan ketika menyambut Syawal yang bakal berkunjung tiba tidak lama lagi.
Malah, jika lemak dibadan dapat disingkirkan. Maka pada Hari Raya tahun inj merasalah pakai busana-busana cantik yang lebih indah digayakan jika berbadan kurus.
Justeru, pelbagai cara boleh dilakukan untuk merealisasikan impian menurunkan berat badan itu. Begitu jugalah dengan rutin diet yang dikongsikan oleh pasangan penyanyi duo kembar seiras Aisha Hanim yang nekad menurunkan berat badan dengan meninggalkan terus satu tabiat ini.
Hanya Amalkan Tak Makan Satu Makanan Ni Je. Turun 13 Kilo Dalam Masa 4 Bulan.


Baru-baru ini pasangan kembar ini telah mendedahkan rahsia yang diamalkan mereka hingga berjaya menyingkirkan 13 Kilo lemak yang menempel di badan, hanya dengan tidak menjamah makanan ruji rakyat Malaysia iaitu nasi selama empat bulan.
Menurut pemilik nama sebenar Nooraisha Farizan dan Hanim Fariza itu, impak daripada diet yang diamalkan ini mereka berjaya menurunkan sebanyak 13 kilogram berat badan.
“Sebenarnya tak dinafikan kami mula berdiet (tidak makan nasi) dari tahun lepas sebelum penggambaran muzik video Tinggallan Cinta dan Dua Muka selama empat bulan.
“Kami nekad, kalau nak buat biarlah buat betul-betul, kalau tidak dalam skrin tu penuh muka kita.
Artikel berkaitan: Minum Air Separuh Berat Badan, Ini Cara Lakukan Diet Air Untuk Turunkan Berat Badan
Tak Senang, Tapi Tak Mustahil!


“Orang asyik tanya bila dah kurus ni makan apa? Senang saja, jangan makan! Tapi memang ada masanya kami ‘moody’ sebabkan berlapar, sampai ada tempoh tu berminggu-minggu tak keluar rumah jumpa kawan-kawan.
“Mungkin sebab kami berdua kembar, nak buat aktiviti pun bersama. Bila berpakat tu menjadilah,” kata Aisha dan Hanim lapor portal hiburan tempatan.
Ketika disoal bagaimana mereka mampu menahan lapar sewaktu melakukan diet, jelasnya, mereka menggantikan diet nasi dengan makanan gantian. Selain itu, Aisha dan Hanim juga akui bahawa mereka sering melakukan senaman bersama-sama di rumah.
“Berat badan Hanim turun sebanyak 13 kilogram manakala Aisha dalam 9 kilogram. Menariknya sepanjang tempoh berdiet, kami saling ingat mengingati antara satu sama lain. Itu yang menyuntik motivasi sebenarnya.
“Untuk permulaan sebenarnya jaga makan. Elakkan pengambilan gula dan garam dalam makanan.
“Sebenarnya apabila berat badan naik, akan timbul pelbagai kerisauan termasuk dengan masalah kesihatan seperti kadar kolesterol. Saya pun takut… jadi kenalah kawal dan jaga,” tambahnya.
Mengulas berkenaan perkembangan terkini, Aisha Hanim dijangka bakal membuat kemununculan istimewa dengan lagu dan muzik video raya berjudul Raya Rumah Terbuka ciptaan Omar K, Hanis Rafi dan Firdaus Rahmat.
Sumber: Instagram Aisha Hanim
Artikel berkaitan: Rancang Diet Gastrik Anda Di Bulan Ramadan, Ini Makanan Yang Perlu Dimakan Dan Dielakkan
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!

Sekiranya anda melihat foto Presiden Obama yang diambil sebelum mencalonkan diri sebagai presiden dan sejak dia meninggalkan jawatan, anda akan melihat perbezaan yang berbeza.
Di mana hanya ada rambut coklat gelap, sekarang ada lebih banyak uban. Nampaknya tekanan menjalankan tanggungjawab negara akan menjadikan rambut seseorang menjadi kelabu.


Tetapi adakah tekanan mesti dipersalahkan? Dan mengapa rambut menjadi kelabu atau uban tumbuh sebelum waktu, bahkan bagi kita yang tidak mempunyai pekerjaan yang sama tekanannya dengan Presiden Amerika Syarikat?
Pada manusia, kebanyakan uban tidak berkaitan dengan tekanan. Sebenarnya, rambut sama sekali tidak “berubah” menjadi kelabu. Setelah folikel rambut menghasilkan rambut, warnanya akan ditetapkan. Sekiranya sehelai rambut mula berwarna coklat (atau merah atau hitam atau berambut perang), ia tidak akan pernah berubah warnanya (kecuali jika anda mewarnakan rambut anda).


Folikel rambut anda menghasilkan warna yang lebih sedikit seiring bertambahnya usia, jadi ketika rambut melalui kitaran semula jadi mati dan dijana semula, ia cenderung tumbuh menjadi kelabu bermula setelah usia 35 tahun. Genetik dapat memainkan peranan ketika ini bermula. Tetapi sekiranya uban muncul sebelum waktu, mungkin menjadi satu masalah bagi hijabi.
Jangan risau petua semulajadi dari hijabi ini atau lebih dikenali sebagai Sarifa Redzuan, hanya dengan bahan dapur masalah uban anda selesai. Jom ikuti langkah di bawah.
Pelbagai masalah rambut, hari-hari sapu lantai tapi rambut masih banyak, uban banyak walaupun masih muda. Dah lama simpan rambut tapi lambat panjang,
stress sangatkan bila hadapi masalah seperti diatas. Pelbagai jenis syampu dan minyak rambut dah cuba namun tiada kesan.
Jangan susah hati. Bantuan dah tiba ni. Cikgu akan share cara alami untuk rawat masalah rambut.


Bahan-Bahan:
• Segenggam daun kari
• Segenggam daun inai
• 10ml minyak kelapa
Langkah:
• Blend kesemua bahan ni bersama yogurt kosong. Masukkan dalam peti sejuk.
Cara rawat rambut di rumah:


• 2 -3 hirisan lemon di tonyoh di seluruh kulit kepala.
• Kemudian gunakan bahan yang di blend itu dan lumur ke seluruh kepala sambil mengurut kepala dan pakai shower cap biarkan selama 30 minit ke 1 jam.
• Cuci dengan air dingin.
Selesai cuci gunakan sikat kayu bergigi rapat dan sikatlah rambut untuk membuang hampas yang masih terlekat di rambut di samping melancarkan peredaran darah.
Manfaat lain daun kari:


• Menggalakkan pertumbuhan rambut
• Menguatkan akar rambut
• Membantu mengurangkan keguguran rambut
• Membantu mengatasi masalah uban
• Memekatkan warna dan melebatkan rambut
• Membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dan kelemumur
• Mengelakkan dari rambut bercabang dan kering
• Daun kari ni banyak zatnyer. Lepas ni tanam la . Boleh guna untuk masak dan merawat diri serta sekeluarga.
SUMBER: Facebook Sarifa Redzuan II
Download seeNI sekarang!

Perawatan wajah dengan bahan alami sememangnya mempunyai peminatnya yang tersendiri. Adakah Anda salah seorang daripadanya? Jika ya, hijabi mengesyorkan agar anda membuat masker semulajadi sendiri di rumah dengan menggunapakai bahan-bahan yang berada di dapur sahaja.
Masker semulajadi pada kali ini adalah berasaskan buah betik. Umum sedia maklum bahawa betik amat baik untuk membantu sistem pencernaan. Namun, ramai yang terlepas pandang bahawa Betik kaya dengan vitamin A, C dan E. Tiga vitamin ini bersama Lycopene dalam betik melindungi kulit daripada berkedut, gelebeh, dan ditumbuhi bintik hitam. Ringkasnya keduanya bertindak sebagai sistem sekuriti yang menjaga kulit dari dirosakkan.
Manfaat Dua Bahan Semulajadi Ini Bantu Rawat Kulit Secara Maksima!


Manakala, kandungan nutrisi dalam masker yoghurt baik untuk membantu memperlahankan proses penuaan agar kulit hijabi sentiasa remaja! Didalam secawan yoghurt, mempunyai kandungan Zinc, Kalsium, Vitamin B, dan Lactic Acid.
Artikel berkaitan: Selain Enak Dimakan, 5 Masker Avocado Ini Bantu Hijabi Tangani Masalah Jerawat!
Kombinasi nutrisi ini amat lengkap untuk melakukan proses regenerasi kulit, mengurangkan jerawat, sekaligus melindungi kulit dari pelbagai masalah.
Jadi bayangkan bertapa bermanfaatnya untuk kulit, jika hijabi membuat masker semulajadi berasaskan betik dan youghurt ini! Pastinya kulit lebih sihat, mulus, anti-kedut, awet muda dan kekal remaja! Menarik bukan? Di sini Hijabista sertakan cara membuat masker semulajadi penuh manfaat ini dirumah.
Bahan-bahan Yang Perlu Disiapkan:
2 Sudu yogurt
1 Sudu oatmeal bertekstur lebih lembut
1/2 Sudu gula merah granule
1 Sudu buah betik (haluskan dengan garpu).
Langkah Pemakaian:
1. Campur semua bahan bahan tersebut, lalu sapukan pada wajah.
2. Beri sedikit urutan selama 30 – 40 minit, kemudian biarkan selama 15 minit.
3. Setelah 15 minit, bilas wajah menggunakan dengan air suam hingga bersih.
Sekadar info, Yoghurt mengandungi lactic acid yang membantu mengurangi kedutan pada kulit. Oatmeal pula membantu membersihkan liang pori dari tersumbat, gula merah memiliki fungsi sebagai scrub untuk menyahkan sel kulit mati, serta khasiat betik membantu mencerahkan kulit dan menghilangkan blemish yang mengganggu kulit.
Setelah menggunakan masker betik ini, pasti anda akan merasakan kulit yang lebih halus, licin dan lebih sehat. Kulit juga kekal anjal dan awet muda. Selamat mencuba!
Artikel berkaitan: Buat Sendiri Masker ‘Organik’ Ini Di Rumah Sis, Dapat Atasi Pelbagai Masalah Kulit!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!

Membicarakan topik Sedekah Sebagai Lifestyle, pengacara Hana Ismail dan pendakwah terkenal, PU Amin berkongsi sedikit sebanyak tentang betapa banyaknya manfaat yang kita akan peroleh apabila memberi kepada orang lain walaupun sedikit.
Ujar PU Amin, kita haruslah ada rasa untuk lebihkan orang lain kerana semuanya milik Allah.
“Bukan semua yang kita miliki adalah milik kita. Harta kita pangkat kita. Kita hanya menikmati, tidak memiliki semua itu. Kena kongsi sekeliling. Inilah hebatnya orang yang beriman dan berharta.


“Nak selamat dunia akhirat, sedekahlah. Nikmatnya tak macam lain sebab kita lebihkan orang walaupun tahu diri ini tidak cukup dan serba kekurangan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, segala nikmat ini akan dirasai apabila kita meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah Yang Maha Kaya.
“Nak jadikan sedekah dan lifestyle, kita kena berbalik kepada kepercayaan kita. Apa yang Allah telahjanjikan sebagai nikmatnya.


“Kalau kita tahu Allah janjikan yang terbaik untuk kita dengan amalan sedekah, Insyaallah kita pastinya akan fokus amalan sedekah dengan kefardhuan yang lain. Insyaallah dari segi itu agama kita dah lengkap. Apa yang kita persembahkan pada Allah itu dah cantik dah.
“Tapi yang menjadi masalahnya hari ini apabila kita dah buat pelbagai kebaikan tapi terselit sifat sombong, kedekut.
“Yang Allah kecam adalah orang yang kedekut, sombong, takut harta habis. Jadi perkara ini kita perlu campak jauh-jauh untuk jadikan sedekah sebagai lifestyle hidup kita,” jelasnya lagi.


“Jadi kepercayaan kita kena utuh. Kita kena percaya apabila kita memberi, Allah Taala akan memberikan berpuluh-puluh kali ganda kebaikan dalam hidup kita, di dunia mahupun akhirat,” tambah Hana.
Untuk pengetahaun pembaca, siri Tazkirah2U: The Power of Giving ini merupakan satu kerjasama di antara Hijabista dan juga Kenanga Investors Berhad. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak menyuburkan minda dan juga jiwa kita sebagai manusia dan hambaNya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tontoni video penuhnya di sini:-
Download seeNI sekarang!




