Emma Maembong Bawa Teman Lelaki Jumpa Keluarga

Emma Maembong Bawa Teman Lelaki Jumpa Keluarga

Pelakon Emma Maembong mengakui dan serta keluarganya sudah beberapa kali bertemu dengan teman lelakinya yang juga deejay kelab malam dikenali sebagai DJ Kidd.

Memetik BH Online, Emma berkata pertemuan itu tidak pernah dirancang sebaliknya berlaku secara kebetulan dan belum ada perancangan lagi untuk pertemukan dengan seluruh ahli keluarga.

BACA: Emma Maembong Sahkan Berkawan Rapat Dengan DJ Kidd

“Setakat ini, kebanyakan pertemuan antara dia dengan anak-anak, ayah serta adik-beradik saya berlaku secara tak sengaja.

“Kalau nak kata saya rancang untuk jumpakan dia dengan seluruh keluarga, setakat ini belum ada lagi ke arah itu,” katanya.

Sementara itu, Emma berkata dia dan DJ Kidd masih lagi dalam fasa berkenalan dan tidak mahu terburu-buru kerana keutamaannya adalah anak-anak. 

“Buat masa ini, kami masih dalam fasa berkenalan. Tiada sebarang perancangan ke arah yang lebih serius.

“Saya pun pernah berkahwin, jadi saya lebih berhati-hati. Lagipun, saya ada anak-anak dan keluarga yang menjadi keutamaan,” katanya.

Sumber: BH Online


Scroll to Top