<img class="img-responsive"
Jerlun: Parlimen Jerlun menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pejuang dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) ini.
Penyandang kerusi itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden Pejuang bakal ditandingi calon BN, Datuk Othman Aziz, Dr Abd Ghani Ahmad (PN) dan Dr Mohamed Fadzil Mohd Ali (PH)
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Jerlun, Azmin Zainol Abidin mengumumkan senarai calon yang bertanding bagi parlimen itu selepas menerima kertas penamaan tanpa sebarang penolakan.
PRU-15 kali ini menyaksikan tiga calon iaitu Mukhriz, Othman dan Abd Ghani bertanding buat kali kedua di kawasan sama.
Pada PRU-14 lalu, Mukhriz bertanding atas tiket PH manakala Abd Ghani pula dari Pas dan Othman dari BN.
Semua penyokong parti yang dianggarkan sekitar 900 orang berarak dengan aman tanpa berlaku provokasi.
© New Straits Times Press (M) Bhd