Empat rumah hangus dijilat api di Ampangan

Empat rumah hangus dijilat api di Ampangan

am@hmetro.com.my

Seremban: Empat rumah di Lorong Cempaka 1, berhampiran UTC Ampangan, di sini, hangus hampir 80 peratus dalam kebakaran malam ini.

Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau mangsa cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.17 malam.

Katanya, jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seremban tiba di lokasi kejadian pada 8.22 malam, lima minit selepas menerima panggilan.

“Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati kebakaran membabitkan empat rumah separuh kekal yang musnah hampir 80 peratus.

“Kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan tiga aliran hos. Operasi membabitkan anggota dari BBP Seremban dengan bantuan BBP Ampangan dan BBP Seremban 2,” katanya di sini, malam ini.

Tambahnya, semua rumah terbabit dilaporkan berpenghuni dan operasi memadam kebakaran sepenuhnya masih berjalan, termasuk misi mencari serta menyelamatkan mangsa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top