Enggan jual aiskrim di tanah dijajah Zionis, PM Israel akan bertindak agresif – Utusan Digital

Enggan jual aiskrim di tanah dijajah Zionis, PM Israel akan bertindak agresif – Utusan Digital

TEL AVIV: Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett memberitahu ketua Unilever bahawa Israel akan bertindak agresif terhadap Ben & Jerry’s selepas syarikat itu membuat keputusan menghentikan penjualan aiskrim di wilayah Palestin yang dijajah Zionis.

Ini melibatkan Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

Ben & Jerry’s semalam memaklumkan untuk bertindak sedemikian kerana tidak menyokong sebarang tindakan yang tidak konsisten dengan nilai-nilai syarikat.

Ini kerana wilayah berkenaan secara kejam dijajah oleh rejim Zionis.

Al-Jazeera melaporkan, Kementerian Luar Israel mengkritik keputusan itu dan melabel syarikat berkenaan bekerjasama dengan ‘pengganas ekonomi’.

Scroll to Top