EPL: Gol LIorente sukarkan Liverpool berada kelompok empat teratas liga

LONDON – Leeds United menyukarkan perjalanan Liverpool untuk berada kelompok empat liga apabila sekadar 1-1 pada perlawanan awal pagi tadi.

Gol Giego LIorente ketika perlawanan berbaki tiga minit menafikan Liverpool mengutip tiga mata.

Bagaimanapun Liverpool membuka tirai perlawanan pada minit ke-31 hasil rembatan Sadio Mane.

Liverpool kini menduduki tangga keenam selepas mengharungi 32 perlawanan.

Sementara itu, suasana di luar stadium agak berbeza apabila penyokong Liverpool berkumpul menyatakan bantahan terhadap pasukan mereka yang menyertai Liga Super Europa (ESL).

Penyertaannya itu mencetuskan kemarahan peminat bola sepak Eropah termasuk beberapa badan kawal selia bola sepak dunia dan Eropah seperti FIFA dan Uefa yang mahu mengharamkan liga baharu itu. – MalaysiaGazette