3 lelaki pecah cermin kereta di Desa Mentari ditahan polis

3 lelaki pecah cermin kereta di Desa Mentari ditahan polis

suharmin.yusuf@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Polis tahan tiga lelaki, di sini, awal pagi hari ini, bagi membantu siasatan kes pecah cermin lima kenderaan di kawasan tempat letak kereta di Desa Mentari, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, kesemua suspek itu ditahan sekitar daerah ini.

“Permohonan reman terhadap semua suspek akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam dilaporkan, polis mengesan sekumpulan lelaki yang dipercayai memecahkan cermin lima kenderaan di kawasan tempat letak kereta terbabit.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 5 petang.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top