“Tabiat kecil boleh bantu penggunaan tenaga yang lebih bijak dan menjimatkan.”
Bila sebut pasal penggunaan elektrik di rumah, tabiat harian yang kecil sebenarnya boleh memberi perbezaan yang besar tau, lagi-lagi untuk barangan elektrik yang kita selalu guna seharian.
Baca juga: MAIWP hulur bantuan bilik transit
Contohnya macam peti ais yang beroperasi selama 24 jam sehari serta mesin basuh yang memainkan peranan penting dalam menyelesaikan timbunan baju satu rumah.
Dengan menggunakan kedua-dua barang elektrik ini secara lebih berhemah, korang sebenarnya boleh jimatkan tenaga tanpa perlu ubah rutin harian secara drastik.
Ni antara tabiat mudah yang korang boleh mula amalkan dekat rumah:
1. Jangan Letak Peti Ais Berdekatan Kawasan Panas
Tahu tak, kedudukan peti ais dekat rumah sebenarnya sangat penting daripada apa yang korang bayangkan tau!
Kalau peti ais korang terletak bersebelahan dengan ketuhar, kena cahaya matahari secara terus atau diletakkan di kawasan yang agak panas, peti ais kena ‘bekerja’ lebih keras untuk pastikan makanan dekat dalam kekal sejuk.
Makin panas suhu sekeliling, makin kuatlah kompresor kena bekerja nak kekalkan suhu yang betul.
Bila peti ais perlu bekerja lebih keras daripada biasa, secara tak langsung bil elektrik korang pun boleh melambung naik tau!
Jadi, kalau boleh, ubah posisi dan letaklah peti ais di kawasan yang sejuk serta jauh daripada punca haba.
Langkah ni tampak mudah je, tapi potensi untuk jimat tenaga dan elak pembaziran elektrik tu memang ada!
2. Bagi Peti Ais Ruang Untuk ‘Bernafas’ Sikit
Meletakkan peti ais rapat sampai melekat ke dinding ni memang nampak kemas, tapi sebenarnya boleh menjejaskan prestasi sebab peti ais memerlukan sistem pengudaraan yang baik untuk bebaskan haba.
Sebagai panduan, korang perlu tinggalkan jarak sekurang-kurangnya 50mm antara bahagian belakang peti ais dengan dinding. Tapi rujuk juga spesifikasi model masing-masing sebab jarak yang disyorkan mungkin berbeza.
Kalau aliran udara tersumbat, prestasi penyejukan boleh merosot dan peti ais terpaksa bekerja lebih keras.
Jadi, sesekali bagi peti ais korang space sikit, baru lah mantap!
3. Jangan Sumbat Peti Ais Sampai Penuh Tak Ada Ruang

Jujur cakap, korang pun mesti dah biasa dengan situasi bila mana korang balik saja dari beli barang dapur, tiba-tiba rasa semua barangan itu kena sumbat masuk dalam peti ais.
Tapi kan, kalau main hambat saja semua barangan rapat-rapat, angin sejuk sebenarnya tak dapat nak pusing dengan sempurna tau.
Bila kita tinggalkan sikit ruang antara barangan yang disimpan, barulah udara sejuk boleh lalu dengan rata. Peti ais korang pun tak perlu ‘bertungkus-lumus’ nak kekalkan suhu yang stabil!
Kuncinya satu saja: Kemas, bukannya sesak. Percayalah, peti ais korang akan berterima kasih kalau korang jaga macam ni.
4. Pilihan Peti Sejuk Pun Penting Juga!
Tak dinafikan, memang bagus kalau ada tabiat jimat elektrik, tapi peralatan elektrik rumah yang kita guna pun main peranan penting dalam mengawal penggunaan tenaga tau.

Contohnya macam peti sejuk LG yang dilengkapi dengan Smart Inverter Compressor. Ia direka khas untuk melaraskan prestasi penyejukan mengikut keperluan sahaja, bukannya berjalan pada kuasa penuh sepanjang masa.
Menurut LG, Smart Inverter Compressor ini boleh menjimatkan tenaga sehingga 36% berbanding pemampat konvensional!*
Jadi, kalau peti sejuk korang dekat rumah tu dah bertahun-tahun guna dan bil elektrik pula makin hari makin melambung, mungkin dah tiba masanya untuk korang upgrade ke model yang lebih jimat tenaga.
5. Salah Pilih Tetapan Basuhan Punca Bil Elektrik Makin Melambung
Itu baru peti sejuk, Haa, sekarang jom kita borak pasal ruang basuh baju pula.
Satu tabiat biasa yang ramai buat adalah guna wash cycle atau tetapan basuhan yang sama untuk semua jenis baju. Bukan semua pakaian perlukan kitaran yang lama atau intensif tau.
Kalau baju harian yang kotor sikit-sikit tu, guna kitaran quick atau normal dah cukup. Kain tebal, cadar atau baju yang betul-betul kotor baru lah sesuai guna tetapan yang lebih kuat.
Bila kita pilih tetapan yang betul mengikut jenis muatan, mesin basuh dapat membersih secara efisien tanpa membazir air, elektrik mahupun masa korang.
Paling best, mesin basuh LG dengan teknologi AI DD siap boleh kesan berat muatan dan jenis fabrik secara automatik untuk laraskan tetapan basuhan paling optimum!

Baju korang tetap terjaga rapi, mesin basuh pula dapat beroperasi dengan lebih cekap. Memang berbaloi kan?
6. Setakat Tiga Helai Baju, Tak Perlu Guna Mesin Basuh
Mesti ramai antara korang yang pernah buat benda ni kan?
Baju nak pakai esok ada satu saja, tapi sebab nak mesin basuh tu bagi nampak ‘penuh’ sikit, korang pun campur tiga helai baju, seluar sehelai dengan tuala sehelai.
Tapi korang kena tahu, kalau selalu sangat basuh baju dalam jumlah yang sedikit, korang sebenarnya membazir elektrik, air dan sabun basuh pada mesin yang langsung tak penuh pun tau.
Sebaiknya, kumpul dulu baju sampai dah agak penuh baru hidupkan mesin. Tapi janganlah pula terlajak penuh ya!
7. Tapi Jangan Sumbat Sampai Sebakul Terus!
Kena ingat tau, ‘muatan penuh’ dengan ‘muatan terlebih’ tu adalah dua benda yang sangat berbeza!
Bila korang sumbat terlalu banyak baju dalam dram mesin basuh, ruang untuk pakaian tersebut bergerak secara sempurna makin terhad, sekaligus menurunkan prestasi cucian.
Bila baju keluar masih kotor atau berbau tak segar, memang kena basuh balik lah jawapannya. Haa, dari satu kitaran cucian dah jadi dua kali basuh!
Sebaiknya, berilah ruang secukupnya untuk pakaian tu ‘berpusing’ sambil memaksimumkan kapasiti mesin basuh korang.
Matlamat kita nak kurangkan kitaran basuhan yang tak perlu, bukannya nak paksa sumbat sampai ke pakaian terakhir!
8. Teknologi Motor Pada Mesin Basuh Pun Main Peranan
Tabiat basuh baju yang betul memang sangat membantu, tapi teknologi di dalam mesin basuh itu sendiri pun mempengaruhi kecekapan tenaga tau.
Sebagai contoh, mesin basuh LG yang dilengkapi dengan motor Inverter Direct Drive mampu melaraskan operasinya mengikut keperluan basuhan dan bukannya guna jumlah kuasa yang sama sepanjang kitaran.

Memilih mesin basuh dengan teknologi motor jimat tenaga macam ini memang membantu kurangkan penggunaan elektrik yang tak diperlukan, dalam masa sama tetap memberikan cucian yang bersih dan berkesan.
Terfikir Nak Upgrade? Tak Perlu Bayar Segedebuk Terus
Peti ais atau mesin basuh lama korang dah mula buat hal? Kalau nak tukar kedua-dua serentak memang struggle sikit lah betul tak?
Tapi dengan pelan langganan LG Subscribe, pelanggan yang layak boleh dapatkan barangan elektrik terpilih dengan yuran bulanan serendah RM38 saja, paling penting tak perlu bayar apa-apa pendahuluan semasa mula melanggan tau!
Pelan langganan ini disediakan untuk tempoh 5 hingga 7 tahun bagi semua model produk terpilih dan korang boleh melanggan lebih daripada satu barangan elektrik bergantung kepada kelayakan.
Bukan Sekadar Bayaran Bulanan Saja

Bergantung pada produk dan pelan, LG Subscribe merangkumi pilihan lawatan berkala, layan diri dan penyelenggaraan gabungan, serta perlindungan waranti selama 5 atau 7 tahun sepanjang tempoh langganan.
Bila tempoh kontrak dah tamat, hak milik perkakas tersebut akan dipindahkan terus kepada korang tanpa sebarang yuran langganan lagi.
Perubahan Kecil, Impak Besar!
Nak jimat elektrik ni sebenarnya boleh bermula dengan tabiat yang mudah saja. Antaranya seperti pastikan peti ais jauh daripada sumber haba, ada ruang pengudaraan yang cukup dan pilih kitaran basuhan yang betul.
Bila tiba masa nak upgrade perkakas rumah, memilih alat yang lebih mesra tenaga bersama pilihan bayaran yang berpatutan mestilah buat proses pemindahan barang jadi lebih mudah dan santai.
Mana taknya, kalau peti ais dan mesin basuh tu berkhidmat untuk korang hari-hari, kenalah pastikan barang-barang tu bekerja dengan lebih bijak, betul tak?
*Prestasi penjimatan tenaga mungkin berbeza mengikut model, keadaan penggunaan dan metodologi ujian. Sila rujuk spesifikasi rasmi produk LG untuk model serta butiran lanjut.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi LG atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
The post Bil Elektrik Melambung? Ini Cara Bagaimana Tabiat Penggunaan Peralatan Elektrik Boleh Bawa Perbezaan appeared first on Oh! Media.