ERL gantung sementara perkhidmatan rel

fahmy.azril@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL), pengendali perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit yang menghubungkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan bandar raya Kuala Lumpur akan menggantung sementara perkhidmatannya bermula Jumaat ini sehingga dimaklumkan kelak.

ERL dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan penggantungan sementara perkhidmatan rel dibuat susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh.

“Keputusan dibuat berdasarkan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

“Justeru, ERL menasihati orang ramai yang mahu melakukan perjalanan dan bergerak untuk hal mustahak ketika tempoh ini supaya mengatur pilihan pengangkutan mereka.

“Kami mohon maaf atas kesulitan terhadap rancangan perjalanan dan keperluan pergerakan anda. Sila atur pengangkutan alternatif ke destinasi anda dalam tempoh sekarang ini,” katanya.

ERL juga berterima kasih kepada pelanggannya atas sokongan dan memahami keputusan sukar yang dilakukan pihaknya.

Maklumat mengenai pilihan pengangkutan boleh didapati menerusi www.KLIAekspress.com, Facebook dan Twitter KLIA Ekspress termasuk di stesen-stesen.

© New Straits Times Press (M) Bhd