Erma Fatima Pertahan Adegan Kontroversi Dalam ‘Bidaah’ Dan ‘Keluarga Itu’ | Oh! Media

Erma Fatima Pertahan Adegan Kontroversi Dalam ‘Bidaah’ Dan ‘Keluarga Itu’ | Oh! Media

Pengarah dan penerbit terkenal, Erma Fatima tampil mempertahankan dua karyanya, Bidaah dan Keluarga Itu yang mencetuskan kontroversi kerana elemen seksual yang dipaparkan.

Menurut laporan Harian Metro, Erma berkata yang seks bukanlah sesuatu yang kotor jika dilakukan dalam hubungan yang halal, dan niatnya bukan untuk menghasilkan kandungan berunsur lucah ringan (soft porn).

Apabila ia halal, ia tidak kotor. Tapi bila tak halal, ia jadi kotor. Ini bukan soal soft porn atau saya terlalu gedik nak buat karya sebegitu.

Erma Fatima tiada niat jatuhkan islam

Erma juga menegaskan bahawa dia tidak berniat menjatuhkan Islam atau mana-mana ilmuan agama, malah menerima teguran dengan hati terbuka.

Saya tiada niat untuk menjatuhkan Islam sebab saya sendiri orang Islam.

Bagaimanapun, Erma berpendirian tegas menentang penunggang agama yang menggunakan Islam untuk menutup perkara yang terlarang dalam masyarakat.

Saya menentang penunggang agama. Kalau tanya di luar sana, ada tak ajaran sesat atau bapa rogol anak? Kalau tiada, maka saya gila.

Dikecam netizen dan teguran dari JAKIM

Sebelum ini, Bidaah dan Keluarga Itu menerima kecaman hebat daripada netizen berikutan adegan panas yang dipaparkan. Malah, perkara ini turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang memberikan teguran rasmi terhadap kandungan karya tersebut.

#ApaKataOhmedia

Dalam industri hiburan, kreativiti dan batasan moral sering menjadi perdebatan. Apa pun, setiap karya seni haruslah mengambil kira sensitiviti masyarakat dan tidak mencetuskan kontroversi yang boleh mengundang salah faham.


Scroll to Top