EURO: Facebook, Twitter padam komen rasis babit pemain England

EURO: Facebook, Twitter padam komen rasis babit pemain England

WASHINGTON: Laman sosial, Facebook dan Twitter memadam komen berbentuk perkauman ditujukan kepada pasukan bola sepak England yang tewas kepada Itali pada aksi final Euro 2020 di Wembley.

Syarikat gergasi Amerika Syarikat (AS) itu menjelaskan mereka membuang kandungan membabitkan perkauman dan kebencian yang dikecam pemimpin politik Britain.

Tindakan itu hadir selepas penyebaran mesej penghinaan di Twitter dan laman sosial milik Facebook iaitu Instagram, ditujukan kepada Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka – tiga pemain yang gagal menyempurnakan sepakan penalti buat Englad pada perlawanan itu.

“Komen rasis yang menjijikkan ditujukan kepada pemain England malam tadi sama sekali tidak ada tempat di Twitter,” kata seorang jurucakap perkhidmatan pesanan ringkas yang berpusat di San Francisco.

“Dalam tempoh 24 jam terakhir, melalui satu kombinasi mesin automatik dan pemantauan manusia, kami sudah memadam lebih dari 1,000 Tweet dan menggantung sejumlah akaun secara kekal kerana melanggar peraturan – sebahagian besar daripadanya dikesan menggunakan teknologi secara proaktif.”

Facebook dalam satu kenyataan berkata bahawa mereka “dengan pantas memadam komen dan akaun yang secara jelas menghina pemain bola sepak England malam tadi dan akan terus mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar peraturan”.

“Kami komited untuk menjaga keselamatan komunti kami dari penyalahgunaan (laman media sosial),” katanya.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dan pemimpin lain meluahkan rasa kecewa terhadap penghinaan yang dilakukan di media sosial.

– AFP

Berita berkaitan:

  • EURO: Penyokong England bergasak di luar stadium
  • EURO: Vialli ‘tertinggal’ bas
  • EURO: Itali juara
  • EURO: Donnarumma wira Itali
  • EURO: Penonton ceroboh Wembley
  • EURO: Southgate akui pilih pengambil sepakan penalti
  • EURO: ‘Perasaan paling teruk dalam dunia kalah penalti’
  • EURO: Mancini julang skuad Azzuri
  • EURO: ‘Ia impian jadi kenyataan, sukar dipercayai’-
  • EURO: Penyokong England kecewa
  • EURO: Ferdinand kena pukul penyokong guna tin
  • EURO: Keane bidas pemain senior England
  • EURO: Saka, Sancho, Rashford jadi sasaran kecaman perkauman
  • EURO: Southgate gesa pasukan England bangkit
  • EURO: Donnarumma pemain terbaik kejohanan
  • Galeri Warna-warni final EURO 2020
  • © New Straits Times Press (M) Bhd

    Scroll to Top