EURO: Jerman benam juara Eropah

EURO: Jerman benam juara Eropah

MUNICH: Jerman menewaskan Portugal 4-2 dalam aksi Kumpulan F Euro 2020 untuk menghidupkan kembali harapan mereka mara ke pusingan 16 terakhir.

Cristiano Ronaldo meletakkan Portugal di depan di Allianz Arena, Munich, tetapi gol sendiri daripada Ruben Dias dan Raphael Guerreiro memberi kelebihan kepada Jerman.

Kai Havertz dan Robin Gosens kemudiannya menjadikan kedudukan 4-1 untuk babak kedua.

Diogo Jota menambah jaringan untuk Portugal, yang kini memperoleh tiga mata bersama Jerman dan satu mata di belakang Perancis.

Ini adalah kali pertama Portugal bolos dengan jaringan empat gol selepas tewas 4-0 kepada Jerman di Piala Dunia 2014.

Portugal akan berdepan Perancis dalam perlawanan terakhir mereka, manakala Jerman pula akan menentang Hungary. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top