EURO: Perancis hilang khidmat Dembele

EURO: Perancis hilang khidmat Dembele

BUDAPEST: Perancis kehilangan khidmat Ousmane Dembele untuk baki saingan Euro 2020 selepas imbasan sinar-X menunjukkan kecederaan lutut pemain sayap Barcelona itu tidak akan sembuh pada masanya, kata Persekutuan Bolasepak Perancis (FFF) hari ini.

Dembele, 24, cedera pada minit-minit terakhir ketika pasukannya seri 1-1 berdepan Hungary di Budapest selepas dimasukkan sebagai pemain gantian.

Ujian sinar-X menunjukkan dia tidak boleh kembali sebelum berakhir Euro.

“Tempoh untuk dia sembuh tidak sama dengan terus meletakkannya dalam skuad,” kata FFF.

Dembele masuk dari bangku simpanan dalam kedua-dua perlawanan Perancis di Euro.

Dia menggantikan Adrien Rabiot dalam minit-minit terakhir perlawanan pembukaan mengatasi Jerman dan sekali lagi masuk menggantikan Rabiot pada minit ke-57 di Budapest ketika Perancis ketinggalan namun mengalami kecederaan pada minit ke-87. – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top