amir_hamid@mediaprima.com.my
Putrajaya: Syarikat penyedia ibadah korban dan akikah, EZ Qurban Sdn Bhd, terus mengukir kejayaan membanggakan apabila merangkul anugerah berprestij Crown of Commerce Brand Award dalam majlis Islamic Distinguished Enterprise Award (IDEA) 2025 yang berlangsung di Hotel Le Meridien, di sini baru-baru ini.
Anugerah itu disampaikan oleh Muslim Insiders Chamber of Commerce sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan besar EZ Qurban dalam memperkasa ekonomi dan perkhidmatan berteraskan syariah, khususnya dalam sektor pengurusan ibadah korban dan akikah di peringkat global.
Ketua Pegawai Eksekutif EZ Qurban, Ahmad Fadzlullah Hasanuddin berkata, pencapaian itu menjadi bukti kepercayaan rakyat terhadap syarikat yang sudah beroperasi sejak 18 tahun lalu.
“Alhamdulillah, kami amat bersyukur atas pengiktirafan ini. Ia bukan sekadar simbol kejayaan sesebuah syarikat, tetapi juga satu amanah besar yang mengiktiraf usaha berterusan kami dalam menyediakan perkhidmatan korban dan akikah yang diyakini, telus, dan patuh syariah,” katanya pada majlis berkenaan.
Setakat tahun ini, lebih 485,000 peserta sudah menunaikan ibadah korban dan akikah melalui EZ Qurban di 40 buah negara, termasuk kawasan minoriti Islam serta negara bergolak seperti India, Guinea, Bangladesh, Kemboja dan Kenya.
Malah, syarikat itu turut mencatat pencapaian tersendiri apabila menjadi penyedia pertama di Malaysia dalam sektor berkenaan yang diiktiraf Patuh Syariah MS 1900:2014, selain menerima pensijilan ISO 9001:2015 bagi Sistem Pengurusan Kualiti.
Lebih manis, kemenangan itu diraikan seiring ulang tahun ke-18 penubuhan EZ Qurban yang kini giat mempromosi kempen khas “Korban RM1.80”, sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan tidak putus-putus sejak 2007.
Kempen itu membolehkan orang ramai menunaikan ibadah korban antarabangsa dengan hanya RM1.80 bagi satu bahagian lembu Korban Global – satu inisiatif istimewa untuk memperluas peluang dan manfaat ibadah kepada lebih ramai umat Islam di seluruh dunia.
EZ Qurban menawarkan harga serendah RM330 untuk satu bahagian lembu korban luar negara dan RM550 seekor kambing, manakala korban dalam negara pula bermula RM765 (lembu) dan RM999 (kambing).
Orang ramai yang ingin menyertai ibadah korban bersama EZ Qurban boleh melayari www.ezqurban.org atau menghubungi talian bebas tol 1-800-885-885.
© New Straits Times Press (M) Bhd




