Ezlynn kini isteri penderma hati pertama negara

Ezlynn kini isteri penderma hati pertama negara

KUALA LUMPUR – Penyanyi yang popular denggan lagu Hye Hye Bye Bye, Ezlynn, 39, selamat bergelar isteri kepada pilihan hatinya, Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail, 45, yang juga penderma hati pertama negara.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin melangsungkan pernikahan secara atas talian pada 11 September lalu.

Menerusi hantaran Instagram miliknya, dia memuat naik beberapa keping gambar yang memaparkan anakanda dan suami tercintanya sedang mendirikan solat berjemaah serta bermesraan.

“Papa dan anak,” coretnya ringkas menerusi kapsyen perkongsian itu.

Sebelum ini, Ezlynn pernah mendirikan rumah tangga pada 2011 dan bercerai pada 2017. Perkahwinan itu tidak dikurniakan cahaya mata.

Sementara itu, Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top