FAM cabar Harimau Malaya mara pusingan 16 terbaik Piala Asia

FAM cabar Harimau Malaya mara pusingan 16 terbaik Piala Asia

Skuad Harimau Malaya menjalani sesi latihan bagi persediaan menjelang Kejohanan Bola Sepak Piala Asia Qatar 2024 di Wisma FAM pada Selasa. – Bernama

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menaruh harapan agar skuad Harimau Malaya dapat mara ke pusingan 16 terbaik dalam aksi Piala Asia di Doha, Qatar yang akan bermula 12 Januari ini.

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin percaya harapan itu tetap ada biarpun skuad kendalian Kim Pan-gon akan berdepan cabaran besar bertemu Jordan, Bahrain dan Korea Selatan.

“Sudah tentu harapan jika dapat masuk pusingan 16 itu sudah cukup baik. Tetapi kita kena berpijak di bumi nyata kerana 24 pasukan yang bertanding ini adalah yang terbaik.

“Dua perlawanan awal dalam peringkat kumpulan ini sangat penting untuk sekurangnya kita dapat mata.

“Kalau dapat layak ke pusingan 16 satu pencapaian yang bagus,” katanya.

Scroll to Top