DAP tanding 17 kerusi pada PRN Johor – Anthony

DAP tanding 17 kerusi pada PRN Johor – Anthony
DAP tanding 17 kerusi pada PRN Johor – Anthony

Anthony berucap pada Majlis Tayangan Perdana Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan di Sekolah Menengah Confucian (Persendirian), pada Ahad. Foto Bernama

KUALA LUMPUR – DAP mengesahkan bakal meletakkan calon di 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, 17 kawasan itu merangkumi 10 kerusi yang dimenangi pada pilihan raya lepas, empat kerusi yang mereka tewas, selain menyasarkan baki tiga lagi kerusi baharu.

“Kami telah memberitahu bahawa kami akan mempertahankan semua kerusi yang kami menang pada pilihan raya lepas. Kami memenangi 10 daripada 14 kerusi yang kami tandingi. Jadi, kami akan bertanding di empat kerusi yang kami tewas itu sekali lagi.

“Kami sedang mempertimbangkan tiga kerusi tambahan. Jadi, secara keseluruhannya kami sedang mempertimbangkan untuk bertanding di 17 kerusi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis Pelancaran Dokumentari 60 Tahun Perjalanan DAP di Wilayah Persekutuan di sini pada Ahad.

Dalam pada itu, Anthony berkata, DAP juga akan mempertahankan kesemua 11 kerusi DUN miliknya di Negeri Sembilan.

AKAN MENYUSUL

Mesti Baca

Artikel Disyorkan

Scroll to Top