FAM nafi Collina tegur mutu pengadilan Piala Malaysia

FAM nafi Collina tegur mutu pengadilan Piala Malaysia

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menafikan Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Pierluigi Collina menegur mutu pengadilan dalam aksi final Piala Malaysia.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman berkata, kenyataan Collina yang tular di media sosial adalah palsu.

“FAM tidak menerima apa-apa maklumat berkaitan teguran yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FIFA, Pierluigi Collina terhadap mutu pengadilan pada aksi final tersebut.

“Apa yang tular di media sosial itu adalah berita atau kenyataan palsu,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Scroll to Top