Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya menyentuh hati ramai apabila berkongsi sebuah video di Instagram (IG) miliknya.
Video tersebut memaparkan Farahdhiya menjemput ibu tercintanya di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebaik tiba dari England.
Menerusi ruangan kapsyen, pelantun lagi Bertakhta Di Hati Itu meluahkan rasa sebak setelah dua tahun tidak bertemu ibunya.
“Mak dah balik. Semalam saya menunggu dengan penuh debar hampir dua jam untuk dia keluar, berdebar-debar rasanya sebab dah lebih dua tahun tak jumpa!
“Rinduuuuuuu. Alhamdulillah sekarang dia dah kembali dalam pelukan saya,” tulisnya ringkas.




