Anak pasangan pelakon, Fattah Amin dan Nur Fazura iaitu Nur Fatima Aisya menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-4 tahun dalam dua acara berbeza.
Menerusi akaun Instagram baharu anak kecil ini, Fazura memilih tema filem popular kesukaan puteri sulungnya iaitu Wednesday.
Manakala, Fattah menerusi perkongsian baharu di Instagram miliknya mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Fazura atas kesempatan dan peluang membawa membawa Fatima bermain di taman permainan sempena ulang tahun anaknya itu.
“Happy Birthday baby! Kesian sampai tertidur balik tu. Thank you Mommy bagi peluang Daddy dating dengan Fatima,” tulis aktor tersebut di Instagram.

Terdahulu, Pada 13 September Ialu, Fazura telah memfailkan perceraian terhadap Fattah tanpa menyatakan perincian sebab mahu bercerai.
Sekadar info, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Fatima.
Artikel Berkaitan: Lebih Setahun ‘Menyepi’ Di Platform X, Fazura Respons Status Individu Wanita Kesal Suami Curang




