Pelakon Fattah Amin berkata anak perempuannya, Nur Fatima Aisya yang tidak mahu berenggang ketika majlis pernikahannya dengan Amira Othman malam tadi mungkin kerana terlalu rindu.
Memetik Harian Metro, Fattah berkata dia juga tidak menjangkakan anaknya tidak mahu melepaskan serta tidak mahu berjauhan dengannya.
BACA: Amira Othman Sedia Galas Tanggungjawab Sebagai Ibu Tiri
“Betul, dia (Fatima) tak mahu lepaskan saya. Sebab kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.
“Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tak sangka ingat bila dia dah peluk, dia nak lepas. Rupanya dia tak lepaskan Tapi, itulah mungkin dia rindulah,” katanya.
Sementara itu, Fattah berkata dia sentiasa merindukan anaknya serta meluahkan rasa syukur isterinya seorang yang memahami.
“Saya pun sentiasa rindukan dia. Tapi Alhamdulillah, Amira seorang yang boleh terima dan dia (Amira) memang sangat memahami.
“Macam tadi pun (malam semalam) dia (Fatima) tak tahu sama ada dia nak lepaskan saya atau tidak, tapi bila Amira kata Fatima angguk itu yang saya bawa juga,” katanya.
Dalam pada itu, Fatta berkata apa yang penting pada majlis tersebut dia mahu melihat isteri dan anaknya gembira serta berjalan dengan baik.
“Masa ‘rehearsal’ kita tak macam itu (Fatima tak nak lepaskan Fattah). Tapi, semuanya berlaku sudah ditakdirkan macam itu. Apa yang penting, Amira gembira dan Fatima pun gembira, itu sudah cukup dah,” katanya.
Sumber: Harian Metro




