Pelakon Fattah Amin akhirnya sah diijabkabulkan dengan penyanyi Amira Othman dengan sekali lafaz dalam satu majlis indah yang disiarkan secara langsung di televisyen sebentar tadi.
Sementara itu, Fattah ditanya oleh Awal Ashaari selaku pengacara mengenai panggilan istimewa buat isterinya, aktor berkenaan memanggil Amira ’isteri syurga’.
BACA: Fattah Amin, Amira Othman Sah Bergelar Suami Isteri
“Sebelum ini, saya suka panggil dia bakal isteri syurga. Sekarang, isteri syurga,” katanya.
Dalam pada itu, apabila diminta untuk menitipkan ucapan istimewa buat isteri, Fattah mengakui segan dan lebih baik ianya diucapkan secara peribadi sahaja.
Sementara itu, Amira meluahkan rasa syukur serta seolah tidak percaya mendengar lafaz ijab kabul daripada suaminya kerana menyangkakan ianya adalah latihan.
“Saya rasa berdebar, macam tak percaya, tapi bersyukur. Cuma masa Fattah lafaz, saya fikir dia berlatih. Sebab itu muka saya macam tiada reaksi. Rupanya, lafaz tu dah sah,” katanya.




