Fedtri Yahya Tegur Individu Kecewa Dapat ‘Salam Kaut’ Sedikit

Fedtri Yahya Tegur Individu Kecewa Dapat ‘Salam Kaut’ Sedikit

Pengacara Fedtri Yahya memberi teguran mengenai budaya ‘salam kaut’ atau hadiah wang yang diberikan oleh tetamu kepada keluarga pengantin.

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut seolah meluahkan rasa kecewa jumlah wang ‘salam kaut’ yang diterima sedikit selepas membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk majlis kahwin.

BACA: Fedtri Yahya Tegur Individu Dakwa Tuan Rumah Pemalas Guna Pinggan Pakai Buang

“Normal ke kita keluar duit untuk perkahwinan hampir puluh ribu, dapat pulangan dari salam kaut setakat 5-6 ribu je? Lepas kira kira terdiam kejap, tak apalah mungkin rezeki lepas kahwin ada lebih,” tulis individu itu.

Hantaran individu itu mendapat perhatian Fedtri yang berpendapat tetamu dijemput untuk meraikan pengantin dan besar pahalanya memberi makan kepada tetamu.

“Kita jemput orang untuk meraikan. Besar pahala bagi orang makan. Setiap tetamu bawa doa, bawa rahmat. Bila jadi macam ni, kita hanya melihat orang dengan pandangan duit semata-mata,” katanya.

Sementara itu, Fedtri turut meluahkan rasa bimbang seandainya pemikiran itu berterusan di masa akan datang akan ada yang memilih-milih tetamu untuk djemput.

“Takut zaman akan datang nanti, yang miskin tak akan dijemput sebab tak bagi ‘pulangan modal’,” tulisnya.


Scroll to Top