Telemovie TV3 ‘Saat Hilaang Cintamu’ yang menjadi bualan hangat orang ramai ini membuatkan pelakon utama tersebut, Zamarul Hisham untuk berjumpa Razil yang sebenar dalam bulan Ramadan ini juga.

Karya yang diadaptasi dari kisah sebenar ini cukup memberi teladan kepada masyarakat tentang kesetiaan seorang suami yang sanggup menjaga bekas isterinya yang sakit terlantar.
Zamarul ketika dia membuat Live di akaun TikToknya baru-baru ini berkata, jika mengingati semula saat-saat dia mendapat skrip dan mengetahui bahawa telemovie yang akan dilakonnya ini merupakan sebuah kisah benar, terus meremang bulu romanya.
@karrsharr91sem Saat Hilang Cintamu jom dgr abg Zamarul Hisham story dekat live dia pasal drama saat hilang cintamu jom join live dia skrng sedih rupanya memang dari cerita betul drama ni #saathilangcintamu #saathilangcintamutv3 #dramasangattv3 #dramatv3 #zamarulhisyam #saathilangcintamudrama #saathilangcintamu #zamarulhisham
Watak Rizal yang dilakonkannya itu tetap setia menjaga kubur bekas isterinya itu malah dia juga tidak berkahwin lain sehingga ke hari ini.
Pelakon utama itu juga mendedahkan bahawa ada beberapa adegan yang direka mereka salah satunya babak di mana Salinah ditangkap basah dengan Pakar Kaunselor, Dr Hadi. Tambahnya lagi, jika mengikut kisah yang sebenar, Dr Hadi datang ke rumah pasangan tersebut dan menyatakan hasratnya untuk menikahi Salinah.
@bosshorizawa harap telemovie ni dapat anugerah dan abang @zamarulhishamofficial dapat pelakon lelaki terbaik..😊😊#fyp #saathilangcintamu #bosslanggar
Apabila Dr Hadi dan Salinah terlibat dalam kemalangan, Pakcik Rizal bukan sahaja menjaga bekas isterinya itu, malah dia juga turut menjaga Dr Hadi yang sudah pun sakit terlantar walaupun lelaki tersebut adalah punca keretakan rumah tangganya.

Namun setelah bertahun lamanya Razil menjaga kedua pasangan suami isteri itu, Dr Hadi pergi dulu menghadap illahi selepas itu baru Salinah pergi meninggalkannya buat selamanya.
Zamarul turut berkongsi bahawa Encik Razil yang sebenar tidak tahu kisah hidupnya ini telah dibangunkan menjadi sebuah telemovie yang telah pun mencipta satu fenomena luar biasa.
Sumber : TikTok @bosshorizawa , @karrsharr91sem

