Final Piala Malaysia: Pemain JDT, TFC boleh saman PSM

Final Piala Malaysia: Pemain JDT, TFC boleh saman PSM

Ubaidullah antara pemain yang dilaporkan mengalami kecederaan akibat permukaan padang rosak semasa perlawanan akhir Piala Malaysia, JDT menentang TFC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat. – Foto Facebook JOHOR Southern Tigers

PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) yang mengalami kecederaan akibat permukaan padang rosak pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil Jumaat lalu, mungkin boleh mengambil tindakan saman atau menuntut ganti rugi kepada Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Penganalisis sukan, Datuk Dr Pekan Ramli berkata, PSM selaku pihak menyewakan stadium untuk kegunaan final bertanggungjawab untuk memastikan keadaan padang berada dalam keadaan baik dan mengikut piawaian ditetapkan.

“Saya bukan pakar undang-undang, saya belajar sedikit asas undang-undang yang masih saya ingat. Setahu saya memang tiada undang-undang khusus untuk sukan, tetapi semua undang-undang sama ada undang-undang sivil atau jenayah terpakai dalam sukan.

“Pendekatan ini juga sejajar atau selari dengan Kod Sukan Selamat yang dilancarkan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tahun ini.