Founder Kosmetik Dakwa Tertipu Lepas Beli Tanah RM450k Cash, Pihak Penjual Tampil Beri Penjelasan

Founder Kosmetik Dakwa Tertipu Lepas Beli Tanah RM450k Cash, Pihak Penjual Tampil Beri Penjelasan

Trending

Isu tanah RM450,000 tular, pihak penjual tampil beri penjelasan berkaitan jalan masuk.

Sebelum ini, tular kisah seorang founder dari Kelantan dikenali sebagai Wan Nur Amirah yang mendakwa membeli tanah bernilai RM450,000 secara tunai, namun berdepan masalah berkaitan akses jalan masuk.

Dakwa Amirah, tanah berkenaan tidak mempunyai laluan masuk seperti yang diharapkan, selain didakwa sebahagian kawasan pagar melibatkan tanah milik orang lain.

Laluan masuk di atas tanah orang lain

Dia mendakwa sudah meminta belas ihsan dan hak sebagai pembeli supaya diberikan jalan masuk ke kawasan tanah tersebut. Namun, penjual dan keluarga dikatakan tidak memberikan kerjasama.

@mcteqmierah97

Allahuakhbar pertama kali dalam hidup dah sosial media mirah, mirah post pasal benda macam ni sebab ini melibatkan kos yang tinggi di mana bukan mudah untuk mirah dapatkan macam2 kena lalui perit jerih penat lelah😭Mirah hanya nak penyelesaian at least jalan sikit, sekarang ni owner diam seribu bahasa owner asal orang tanah merah gual ipoh sekarang berkhidmat di Sabah.. Mirah terpaksa untuk buat posting ni agar ada jalan sebab owner memang taknak bagi kerjasama langsung2 .. owner pun siap suruh mirah ambik tindakan undang2 terhadap dia betapa angkuh nya beliau🥹Harap siapa mengenali beliau yang bekerja pegawai TUDM di Sabah Untuk beri kerjsama dan respon bagi selesai kan isu ini😭😭Allahuakhbar sungguh sedih tak terkata ya Allah, mirah ni orang yang jenis mudah percaya lagi2 kita tahu background dia pulak macam mana, tolong sape mengenali beliau dan family untuk mereka respon🙏🏻🙏🏻 #ibuscrubbywna #founderibuscrubwna

♬ original sound – W.Nur Amirah (Ladyboss WNA) – W.Nur Amirah (Ladyboss WNA)

Susulan isu tersebut, seorang wanita dikenali sebagai Ayuii memaklumkan suaminya sudah berhubung dengan Amirah bagi menjelaskan semula keseluruhan perkara.

Menurut Ayuii, penjelasan itu dikongsikan olehnya kerana suaminya tidak mempunyai akaun Threads.

amirah

Dalam tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, pihak suami menjelaskan bahawa setiap lot yang dijual mempunyai jalan masuk dan keluar.

Amirah 1

Dalam penjelasan sama, pihak suami turut menyatakan dia tidak mempunyai hak untuk menentukan laluan masuk mengikut lot tanah milik pihak lain.

Katanya, tanah yang dijual adalah seperti yang dimaklumkan kepada ejen iaitu dua lot tanah bersama sebuah rumah dalam pembinaan.

Dia juga mendakwa tidak berada di tapak ketika proses lawatan dibuat, selain tidak dipanggil atau dimaklumkan secara terperinci berhubung perjumpaan tersebut.

Pihak suami turut mendakwa segala dokumen yang diminta oleh ejen telah diberikan, termasuk geran tanah.

Amirah 2

Pihak suami turut berharap isu tersebut dapat diteliti berdasarkan keseluruhan fakta sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Katanya, jika terdapat masalah berkaitan isu berkenaan, perkara itu boleh dibawa mengikut saluran yang betul berdasarkan undang-undang sekiranya ada asas untuk sebarang tuntutan.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top