Gangguan ruang udara, laluan pengangkutan di Asia Barat jejas bantuan dan perdagangan – PBB

Gangguan ruang udara, laluan pengangkutan di Asia Barat jejas bantuan dan perdagangan – PBB
Gangguan ruang udara, laluan pengangkutan di Asia Barat jejas bantuan dan perdagangan – PBB

Pejabat UNOPS memberi amaran mengenai gangguan terhadap ruang udara dan laluan pengangkutan di Asia Barat yang kini menjejaskan operasi kemanusiaan serta rantaian bekalan perdagangan. Foto: Agensi

WASHINGTON – Pejabat Perkhidmatan Projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOPS) memberi amaran mengenai gangguan terhadap ruang udara dan laluan pengangkutan di Asia Barat yang kini menjejaskan operasi kemanusiaan serta rantaian bekalan perdagangan, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Gangguan itu mengancam penyaluran bantuan kepada mereka yang memerlukan, berisiko meningkatkan harga makanan serta menambah tekanan terhadap sistem kesihatan yang rapuh, menurutnya.

Dalam ucapannya pada mesyuarat tahunan Majlis Pelanggan UNOPS, Pengarah Eksekutif Jorge Moreira da Silva berkata, pejabat itu memberi tumpuan kepada usaha memperluas dan mempercepat pelaksanaan penyelesaian praktikal.

Beliau berkata, pasukan UNOPS terus berada di lapangan bagi menyediakan perkhidmatan membina semula dan memulihkan infrastruktur awam, memulihkan perkhidmatan asas serta menyokong komuniti yang terjejas akibat krisis.

Da Silva turut memaklumkan bahawa pasukan UNOPS terus menyediakan dan mengagihkan bahan api bagi tujuan kemanusiaan serta mengurus mekanisme PBB yang ditubuhkan oleh Majlis Keselamatan PBB untuk mempercepat dan memantau penghantaran bekalan kemanusiaan, menyokong akses bantuan serta melaksanakan operasi pembersihan periuk api. – Bernama-SPA

Ringkasan AI

  • Pejabat Perkhidmatan Projek Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran tentang gangguan terhadap ruang udara dan laluan pengangkutan di Asia Barat
  • Gangguan ini mengancam penyaluran bantuan dan berisiko meningkatkan harga makanan
  • UNOPS memberi tumpuan kepada usaha memperluas pelaksanaan penyelesaian praktikal
  • Pasukan UNOPS menyediakan perkhidmatan membina semula infrastruktur dan menyokong komuniti terjejas
  • Pasukan UNOPS mengagihkan bahan api untuk kemanusiaan dan mengurus mekanisme PBB untuk akses bantuan
Scroll to Top