Gaya baharu Ronaldo raikan gol

Gaya baharu Ronaldo raikan gol

Ronaldo menukar gaya siuuuu yang sering dilakukannya ketika perlawanan menentang Al-Fayha.

CRISTIANO Ronaldo telah menjaringkan gol pertamanya pada 2024 ketika menentang Al-Fayha dalam kemenangan 1-0 pada perlawanan pertama pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia di Riyadh pada Khamis.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Putera Faisal bin Fahd di Riyadh itu, bintang Portugal berusia 39 tahun bergelut pada mulanya untuk memacu Al-Nassr menentang kelab yang menduduki tangga ke-14 dalam Liga Pro Saudi.

Namun, dia berjaya memecahkan kebuntuan apabila bermain satu-dua dengan Marcelo Brozovic sebelum meledak voli melepasi Vladimir Stojkovic pada minit ke-81.

Bintang Portugal itu meraikan jaringannya dengan gaya baharu apabila berlari ke penjuru padang dan kemudiannya melompat sebelum meletakkan tangannya di dada.

Scroll to Top