Pelakon Azhar Sulaiman mengulas mengenai kes penyelewengan zakat berjumlah ratusan juta yang melibatkan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Menerusi satu hantaran di Facebook, Azhar menyifatkan pihak yang terlibat sama seperti tupai kerana akan jatuh ke tanah akhirnya.
BACA: Azhar Sulaiman Dedah Imam Muda Nak Jadi Suami Leona
“Geng tidak amanah adalah seperti tupai. Pasti akan jatuh ke tanah semasa hidupnya dan dilaknati Allah,” katanya.
Sementara itu, Azhar berkata apabila seseorang itu mendengar serta membayar zakat, akan menerima manfaat di dunia dan akhirat.
Malah, Azhar turut menitipkan pesanan menderma secara rahsia akan mendapat faedah yang lebih besar daripada Allah.
Terdahulu, Timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antara tiga yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana disyaki terbabit dalam penyelewengan dana zakat berjumlah kira-kira RM230 juta.
SPRM turut menyita 18 unit kenderaan mewah antaranya Porsche dan Mercedes, selain rumah bernilai kira-kira RM11 juta serta pelbagai harta alih lain termasuk wang tunai dan jam tangan berjenama.




