“Genggam Sebelum Hilang, Hargai Selagi Di Sisi”

“Genggam Sebelum Hilang, Hargai Selagi Di Sisi”

Pelakon Nora Danish menjadi perhatian apabila dilihat memuat naik hantaran ringkas mengenai menjaga hubungan antara satu sama lain.

Menerusi perkongsian di Threads, Nora meningatkan supaya menghargai orang yang kita sayang selagi mereka masih ada serta tidak sia-siakan.

BACA: Nora Danish, Mickey Ayo Saling Berbalas Hadiah Kasut Sukan, Jam Tangan

“Genggam sebelum hilang, jaga sebelum tiada dan hargai selagi di sisi. Kerana sesuatu yang tidak dihargai, pasti akan dirindui setelah ia pergi,” katanya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada hantaran itu ditujukan kepada umum ataupun mana-mana pihak.

Terdahulu, perkongsian Nora hangat diperkatakan apabila memuat naik foto lelaki memakai kopiah putih dikenali sebagai Mickey Ayo sekaligus ramai yang membuat spekulasi pelakon itu sedang menjalin hubungan istimewa.


Scroll to Top