Giliran Wolves persoal VAR

Giliran Wolves persoal VAR

PENGENDALI Wolverhampton Wanderers, Gary O’neil sentiasa menjadi penyokong penggunaan teknologi video bantuan pengadil (VAR) dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Bagaimanapun dia mula senada menyertai barisan pengendali kelab yang mula mengkritik keberkesanan teknologi itu selepas berdepan Fulham dalam perlawanan liga pada Selasa.

Pada perlawanan di Craven Cottage itu, O’neil mempersoalkan dua sepakan penalti yang menyaksikan pasukan Wolves tewas 2-3 kepada tuan rumah.

Fulham dihadiahkan dua sepakan penalti yang disudahkan Willian selepas Nelson Semedo mengasari Tom Cairney diikuti cabaran Joao Gomes terhadap Harry Wilson, yang terakhir diberikan selepas kajian VAR.

Scroll to Top