Selepas luahan kecewa mengenai Guarantee Letter (GL) insurans ibunya ditolak, aktivis Raja Shamri tampil berkongsi perkembangan terbaru yang melegakan hati.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Raja Shamri memaklumkan syarikat insurans telah menghubunginya memaklumkan bahawa semakan semula telah dibuat.
“Mereka buat crosscheck semula” – Raja Shamri

Perkembangan itu nyata memberi kelegaan selepas isu tersebut tular dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Terdahulu, Raja Shamri meluahkan rasa terkilan apabila GL insurans ibunya didakwa ditolak ketika wanita itu perlu dimasukkan ke wad.
Dalam luahan sebelum ini, dia mendakwa sudah membayar insurans untuk ibunya selama berbelas tahun, dengan bayaran bulanan yang meningkat daripada sekitar RM300 sehingga lebih RM800 sebulan.
Lebih membuatkan dia kecewa, ibunya dikatakan hanya kali kedua dimasukkan ke wad dalam tempoh berbelas tahun polisi itu dibayar.
Disebabkan GL tersebut pada awalnya tidak diluluskan, Raja Shamri memaklumkan dia bersedia menggunakan duit simpanan sendiri bagi memastikan ibunya tetap menerima rawatan terbaik.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




