GP Thiland dibatalkan kerana Covid-19 – Utusan Digital

GP Thiland dibatalkan kerana Covid-19 – Utusan Digital

PARIS: MotoGP mengumumkan pembatalan Grand Prix Thailand buat kali kedua berturut-turut kerana penularan pandemik Covid-19.

Perlumbaan itu pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 17 Oktober ini di Litar Antarabangsa Buriram.

Thailand berada dalam perintah darurat selama dua minggu selepas berlaku peningkatan kes varian Delta.

“Walaupun segala usaha sudah dilakukan melibatkan semua pihak, Covid-19 menyebabkan pembatalan perlumbaan ini.

“Kami sedang mempertimbangkan program gantian dan ia akan dimaklumkan tidak lama lagi,” kata MotoGP dalam laman web rasminya.-AFP

Scroll to Top