Kebakaran kecil jejas Hospital Jengka, 11 kanak-kanak antara 17 pesakit selamat

am@hmetro.com.my

Maran: Seramai 17 pesakit termasuk 11 kanak-kanak terselamat tanpa kecederaan selepas kebakaran kecil merosakkan siling wad kanak-kanak dan wanita di Hospital Jengka di sini hari ini.

Kebakaran pada jam 6.50 petang itu merosakkan sebahagian siling serta pendawaian di kedua-dua wad berkenaan.

Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, berkata polis menerima maklumat mengenai kebakaran di bangunan hospital itu pada jam 7 malam.

“Pasukan bomba berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh 20 minit. Kebakaran dipercayai bermula di bahagian siling wad kanak-kanak dan wanita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top