Addis Ababa: Grid kuasa Ethiopia gagal berfungsi petang semalam menyebabkan bekalan elektrik seluruh negara terputus.
Utiliti kuasa negara itu berkata, pihaknya berjaya memulihkan tenaga elektrik kepada sebahagian kawasan dalam negara termasuk kebanyakan di ibu kota Addis Ababa, kira-kira 10.20 malam tadi.
Negara itu memiliki populasi 120 juta orang, penduduk kedua terbesar di Afrika.
Ia mula menjana kuasa dari Empangan Renaissance Besar Ethiopia di Blue Nile pada Februari 2022 sebelum mengumumkan turbin kedua mula menghasilkan tenaga elektrik pada Ogos tahun sama.
Ethiopia menjual elektrik kepada Kenya, Sudan dan Djibouti serta menandatangani memorandum persefahaman dengan Sudan Selatan, Tanzania dan wilayah Somalia yang memisahkan Somaliland.
© New Straits Times Press (M) Bhd

