Guna MyKad Orang Lain Tebus Budi95, Lelaki Didenda RM2,000 | Trending – Oh! Media

Guna MyKad Orang Lain Tebus Budi95, Lelaki Didenda RM2,000 | Trending – Oh! Media

Trending

Guna MyKad orang lain tebus Budi Madani RON95, lelaki didenda RM2,000 oleh mahkamah.


Seorang lelaki menerima padah apabila didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menggunakan MyKad milik orang lain di sebuah stesen minyak di Gemencheh, baru-baru ini.

Menurut laporan Kosmo, hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Mohamad Redza Azhar Rezali terhadap tertuduh, Abdullah Ayub, 42, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.

Berdepan penjara jika gagal bayar denda

Fuel pump price petrol ron97 ron95jpg

Mahkamah turut menetapkan hukuman enam bulan penjara dari tarikh ditangkap sekiranya tertuduh gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.

Abdullah didakwa di bawah Peraturan 25(1)(o) Peraturan-Peraturan Pendaftaran 1990 (Pindaan 2007). Pendakwaan dikendalikan oleh Mazrul Azli Matrus, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tebus Budi95 guna MyKad orang lain

Mykad

Terdahulu, media melaporkan Bahagian Penguatkuasaan (BSK) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya menahan seorang lelaki warga tempatan kerana disyaki menggunakan MyKad milik individu lain bagi menebus bantuan program Budi Madani RON95 (Budi95) di sebuah stesen minyak di Gemencheh.

Kes terbongkar selepas pemilik sebenar MyKad membuat aduan, apabila mendapati berlaku penebusan Budi95 tanpa pengetahuannya.

Susulan aduan tersebut, lelaki berkenaan ditahan di sebuah Rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Baru, Sungai Lerek pada jam 12 tengah hari, 26 Disember lalu.

Pssttt! MyKad bukan sekadar kad pengenalan, tetapi identiti rasmi yang dilindungi undang-undang. Jangan ambil mudah atau cuba menipu sistem, kerana padahnya bukan sedikit.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top