Kecoh di media sosial bila satu klip audio tular mendakwa seorang guru suruh pelajarnya “balik China” sebab tak fasih bahasa Melayu. Isu ni dah sampai ke pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan juga polis untuk siasatan.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, terus bagi respon dan tegaskan yang KPM takkan sesekali berkompromi kalau ada unsur perkauman dalam sekolah.
Guru mengaku cakap macam tu depan saudara pelajar…

Saya tegaskan bahawa KPM tidak kompromi dalam soal perkauman yang berlaku di sekolah, baik melibatkan guru, mahupun pelajar atau mana-mana pegawai.
Dalam kes ini, siasatan sudah pun berlangsung dan tindakan akan kita lakukan berdasarkan kepada (hasil) siasatan itu.
Katanya lagi, siasatan dah pun berjalan dan tindakan akan diambil ikut hasil siasatan nanti.
Dalam klip audio yang viral tu, seorang lelaki yang dikatakan saudara kepada pelajar terbabit tanya guru tersebut sama ada betul dia suruh pelajar tu balik China. Mengejutkan, guru tu mengakui memang dia cakap macam tu!
#ApaKataOhmedia
Tak boleh bayang macam mana perasaan pelajar tu bila cikgu sendiri keluarkan kenyataan macam tu. Sekolah sepatutnya jadi tempat yang selamat untuk semua pelajar, bukan tempat nak diskriminasi siapa-siapa.





