JOHOR BAHRU – Sebanyak 7.97 peratus atau 213,878 daripada lebih 2.6 juta pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16, setakat 9 pagi ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, mendahului peratusan keluar mengundi sebanyak 15.8 peratus, diikuti DUN Tanjung Surat (14.7 peratus) dan DUN Pasir Raja (13.6 peratus).
Bagaimanapun, DUN Bentayan dan DUN Simpang Jeram, masing-masing mencatatkan peratusan keluar mengundi terendah iaitu 7.7 peratus, manakala DUN Kukup sebanyak 7.6 peratus.
Sebagai perbandingan, jumlah keluar mengundi bagi tempoh yang sama pada PRN Johor ke-15 ialah 6.35 peratus atau 163,553 orang daripada lebih 2.5 juta pengundi. – Bernama


