Setelah hampir setahun menyepi dari media sosial, Rossa Sera, bekas isteri kepada pelawak terkenal Shuk Sahar kembali dengan kejutan yang menggemparkan netizen.
Dalam satu hantaran di TikTok, Rossa Sera atau nama penuhnya Rossalennah Natassyiah Asshaferah, dilihat mendukung seorang bayi, mencetuskan pelbagai spekulasi di kalangan pengikutnya.
Rossa Sera mengejutkan pengikut

Menerusi hantaran di TikTok itu, beliau hanya menulis kapsyen ringkas, “Hi FYP” tanpa memberi sebarang maklumat terperinci.
Di ruangan komen, para pengikut mengesyaki wanita dari Sabah ini baru sahaja menimang cahaya mata.
Pengikut turut tertanya-tanya bila pempengaruh ini mendirikan rumah tangga kerana tiada sebarang berita mengenai perkahwinannya sebelum ini.
“Married” – Rossa Sera

Namun, video berkenaan disyaki telah dipadam tidak lama kemudian. Menariknya, apabila meninjau ke bio TikTok, Rossa meletakkan status dirinya sebagai ‘Married’.
Terdahulu, nama Rossa Sera kecoh diperkatakan apabila mendedahkan suaminya, Shuk Sahar berlaku curang.
BACA: “Kami Laki Bini Tersepit Kau Ugut” – Rossa Sera Nafi Rujuk Dengan Shuk, Masih Diganggu Orang Ketiga?
Konflik rumah tangga pasangan ini berlanjutan sehinggalah mereka akhirnya disahkan bercerai talak satu pada 22 Mac 2023.
#ApaKataOhmedia
Alhamdulilah, nampaknya Rossa Sera kini memilih untuk hidup secara lebih privasi. Diam-diam rupanya sudah berkahwin dan menimang cahaya mata. Didoakan semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia selamanya.





