KUALA LUMPUR – Harga petrol RON97, RON95 tanpa subsidi dan diesel tanpa subsidi masing-masing turun 50 sen, 40 sen dan 25 sen seliter bagi tempoh 12 hingga 18 November.Susulan penurunan itu, harga RON97 kini RM4.20 seliter, RON95 tanpa subsidi RM3.87 seliter, manakala diesel tanpa subsidi RM4.87 seliter.Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, harga berkenaan ditetapkan berdasarkan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).”Harga produk petroleum bertapis di pasaran serantau menurun dalam tempoh pengiraan APM, seiring dengan penyusutan harga minyak mentah dunia dan peningkatan bekalan bahan api bertapis di pasaran serantau.”Walau bagaimanapun, selagi konflik di Iran belum mencapai penyelesaian, harga petroleum dunia kekal terdedah kepada turun naik ketara,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.MOF memberitahu, serangan terbaharu terhadap kapal tangki di Selat Hormuz menunjukkan risiko gangguan bekalan masih wujud.Dalam pada itu, kementerian berkata, harga petrol dan diesel bersubsidi lain turut dikekalkan iaitu RON95 di bawah BUDI95 pada RM1.99 seliter, diesel BUDI Diesel (RM2.10), Sistem Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS) pada RM2.05 dan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) pada RM2.15 seliter.”Melalui BUDI95 dan BUDI Diesel, rakyat Malaysia yang layak boleh terus membeli petrol RON95 dan diesel bersubsidi menggunakan MyKad, tertakluk kepada had kelayakan bulanan,” menurutnya lagi.
Harga RON97 turun 50 sen, RON95 tanpa subsidi turun 40 sen