Dalam kesibukan rakyat Malaysia menanti detik majlis pernikahan kakaknya, adik kepada selebriti terkenal Neelofa, Ameera Khan pula menjadi bualan hangat netizen. Eh, kenapa?
Hari ini, Ameera membuat kejutan dengan memuat naik Insta Story memaparkan gambar dirinya memakai hijab beserta kapsyen ‘hari pertama perjalanan baru’.
Berikutan itu, timbul persoalan baru mengatakan pemilik nama Nur Ameera Khan itu sudah berhijab.
“Akhirnya, rasa sangat tenang dan lengkap. Alhamdulillah,” tulisnya pada gambar di Insta Story.
Dalam pada itu, gadis berusia 21 tahun itu turut berkongsi dua keping gambarnya berhijab menerusi ‘posting’ di Instagram beserta kapsyen dalam bahasa Arab.
Malah, kakaknya, Neelofa dan Athisha Khan turut berkongsi Insta Story yang sama di samping mengucapkan ‘alhamdulillah’ di atas perubahan baru adik mereka itu.
Justeru itu, kesemua ‘posting’ tersebut telah menguatkan lagi kemungkinan gadis itu baru memulakan perjalanan untuk berhijab pada hari ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Ameera dan mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam perubahan ke arah yang lebih baik.
Terdahulu, nama Ameera Khan sering dikaitkan dengan pelbagai kontroversi apabila sering dikatakan mempunyai penampilan yang agak seksi.
Jika benar perkhabaran empunya diri sudah berhijab, semoga Ameera sentiasa istiqamah!
Sumber: Instagram Ameera Khan, Athisha Khan, Neelofa