Hilangkan diri lepas dibantu, gelandangan kembali bawa anak pergi mengemis

Hilangkan diri lepas dibantu, gelandangan kembali bawa anak pergi mengemis

Seorang aktivis menyuarakan rasa sedih dan terkilan apabila gelandangan kembali bawa anak pergi mengemis setelah dibantu olehnya sebelum ini.

Menerusi posting yang dibuat di akaun TikTok Abbe Hae, dia telah bertemu dengan seorang wanita dikenali sebagai Nurul bersama tiga orang anaknya mengemis di masjid dan memarahinya.

Dah dibantu tapi lari

Ujar Abbe Hae, dia sebelum ini pernah membantu wanita terbabit dengan memberikan tempat tinggal yang selesa namun memintanya untuk berhenti mengemis.

@abbehae2

DIA BERHAK DIBERI PELUANG.. Sama-sama kita doa dia menjadi wanita dan ibu yang lebih baik selepas ini.. Kita tiada hak menghukum sesama manusia.. #abbehae #jejakjalanan #jagahakAllah

♬ Renungan Diri – Anto D’Ryuzaki

Artikel lain: Elaun pengemis miliki Proton X70 dihentikan – KPWKM

Gelandangan kembali bawa anak pergi mengemis, jumpa di Masjid Kampung Baru

Namun, tidak lama selepas mendapat tempat tinggal yang selesa itu, dia telah menghilangkan diri dan lari dari pantauan aktivis berkenaan sebelum ditemui kembali mengemis di Masjid Kampung Baru.

Menurut aktivis itu lagi, Nurul telah menerima bantuan sebanyak RM1,000 setiap bulan, namun dia tetap melarikan diri walaupun sudah berhabis ribuan ringgit untuk memberi kehidupan yang lebih selesa untuknya.

“Nurul, kau dah duduk senang dekat Chow Kit tu. Duit bantuan RM1,000 dah cukup untuk kau dan anak-anak.
Kau ni Nurul, aku tak tahulah nak bantu kau macam mana. Dah habis kederat dah aku bantu kau ni. Sekarang ni kau dapat balik bilik macam ni. Bilik kau dulu, katil aku beli RM2,000. Dengan cat apa semua sekali, RM3,700. Tak sempat duduk dua tahun, kau dah lari,” ujar Abbe Hae.

gelandangan kembali bawa anak pergi mengemis, bilik macam tongkang pecah

Aktivis berkenaan yang mendapat maklumat tentang keberadaan Nurul serta anak-anaknya segera bergegas ke lokasi tersebut serta dibawa melihat bilik yang baru disewanya.

Keadaan yang cukup menyedihkan mereka telah membuatkan Abbe Hae meminta supaya mereka mengikutnya kembali ke tempat lama dan diberi peluang kedua walaupun sebelum ini disia-siakan.

“Kau dah tak perlu nak minta sedekah. RM1,000 itu cukup untuk perbelanjaan kau dan anak-anak,” katanya lagi.

Orang bagi senang, nak juga hidup macam tu

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata meluahkan rasa kecewa dengan sikap wanita berkenaan kerana tidak menghargai apa yang diperoleh sebelum ini.

Dalam pada itu, ramai juga yang mezahirkan penghargaan kepada aktivis terbabit kerana bukan semua orang mampu melakukan hal sebegitu lebih-lebih lagi perlu berhadapan dengan pelbagai kerena golongan gelandangan yang memilih untuk tidak mengubah nasib diri.

Mereka memang tak nak bantu diri sendiri

 

Patut bersyukur ada yang nak bantu

gelandangan kembali bawa anak

Semoga abang yang bantu terus diberi kemudahan dunia akhirat

 

Sumber: TikTok Abbe Hae