Dari Pendatang Baru Ke Juara Mid-Range Selama 3 Tahun
Sejak memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2022, Siri HONOR X berjaya mencipta saingan sengit dalam kategori mid-range yang sebelum ini banyak dikuasai oleh jenama lain. Dengan fokus pada ketahanan, reka bentuk mesra pengguna dan harga yang berpatutan, siri ini perlahan-lahan membina reputasi sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.
Kini, selepas tiga tahun berturut-turut muncul sebagai telefon pintar mid-range paling laris, Siri X mengukuhkan kedudukannya di pasaran.
Evolusi Siri X: Dari X9 ke “Raja Tahan Jatuhan”

HONOR X9 menjadi titik permulaan dengan slogan “Lagi Tahan, Lagi Best” yang mencuri perhatian pengguna. Kemudian hadir pula HONOR X9a dengan skrin melengkung tahan hentakan, diikuti X9b yang mencatat jualan paling tinggi dalam segmennya.
Pada tahun 2024 pula, HONOR X9c 5G mendapat jolokan “Raja Tahan Jatuhan”, sekali gus menjadikan Siri X sebagai simbol ketahanan dalam dunia telefon pintar kelas pertengahan.
Pegangan Pasaran Yang Semakin Kuat

Bukan sekadar popular, Siri HONOR X juga mendominasi carta jualan. Pada 2023, ia menguasai 33% pasaran mid-range di Malaysia. Hanya dua tahun kemudian, angka itu melonjak ke 55%.
Dalam bahasa mudahnya, bagi setiap dua telefon kelas pertengahan yang terjual di Malaysia, salah satunya adalah model daripada Siri X. Wow!
HONOR X9d 5G: Tiga Pencapaian Global Dalam Satu Peranti
HONOR X9d 5G bukan sekadar model baharu, tetapi hadir dengan kelebihan yang meletakkannya selangkah di hadapan.

Ia merupakan telefon pintar pertama di dunia dengan Pensijilan Prestasi Premium Ketahanan Tiga Kali Ganda SGS.

Tambah lagi dengan perlindungan IP69K yang kalis air, habuk dan mampu menahan keadaan ekstrem, serta bateri berkapasiti 8300mAh – yang terbesar dalam kelasnya. Gabungan ciri ini menjadikan HONOR X9d 5G hampir tiada tandingan di pasaran mid-range.
Perlindungan Menyeluruh Untuk Rasa Tenang
Selain ketahanan fizikal, HONOR turut menitikberatkan perlindungan menyeluruh selepas pembelian. Model ini hadir dengan pelan sokongan pasca jualan termasuk jaminan lanjutan dan penggantian skrin. Dengan X9d 5G, pengguna bukan sahaja dapat telefon pintar yang lasak, tetapi juga jaminan untuk menggunakannya tanpa risau.
Pra-Tempahan HONOR X9d 5G Bermula Hari Ini

HONOR X9d 5G akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia jam 3 petang ini (yang menawarkan 4 pilihan warna) menerusi siaran langsung di Facebook HONOR Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai HONOR X9d 5G, layari www.honor.com/my atau ikuti perkembangan terkini di Facebook HONOR Malaysia.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.




