Hati ibu mana yang tidak luluh melihat anak sendiri perlu melalui kesakitan dan trauma selepas didakwa dipukul oleh empat individu.
Terbaharu, ibu kepada remaja lelaki dikenali sebagai Zaim tampil berkongsi perkembangan terkini keadaan anaknya selepas kes tersebut tular di media sosial sebelum ini.
Ibu kongsi keadaan terkini Zaim

Menerusi perkongsian di media sosial, Zulaikha Sabri mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin, memberi sokongan serta mendoakan kesembuhan anaknya.
Menurut Zulaikha, dia tidak dapat berkongsi perkembangan kes secara terlalu terperinci kerana siasatan masih berjalan.
Siasatan masih lagi berjalan, tuntutan pampasan di Tribunal Antibuli juga sudah dibuat, dan selebihnya saya akan berurusan dengan lawyer untuk tindakan selanjutnya.
Dalam masa sama, Zulaikha memohon doa agar kejadian yang menimpa anaknya mendapat keadilan sewajarnya.

Berkongsi keadaan terkini anaknya, Zulaikha berkata kesihatan luaran Zaim semakin beransur pulih dan anaknya sudah boleh makan serta bergerak perlahan seperti biasa.
Bagaimanapun, proses penyembuhan masih panjang kerana Zaim masih berada dalam tempoh rawatan dan pemantauan.
Cuma dalaman tu masih dalam tempoh penyembuhan. Pada minggu pertama kejadian, dia alami sakit kepala yang teruk dan muntah berterusan. Alhamdulillah kini makin stabil.
Zulaikha turut memaklumkan bahawa tempoh penyembuhan keretakan tulang tengkorak anaknya mengambil masa sekurang-kurangnya enam hingga 12 bulan.
Katanya lagi, Zaim perlu menjalani pemeriksaan susulan bersama pakar setiap bulan kerana kecederaan kepala mempunyai risiko tertentu.
Dia juga perlu pemantauan saya sepanjang masa, kecederaan kepala tu berisiko tinggi untuk sawan secara tiba-tiba dan banyak lagi risiko-risiko lain.
Lebih memilukan, Zaim juga tidak dibenarkan melakukan sebarang aktiviti lasak sepanjang tempoh 12 bulan ini.
Bukan hanya kecederaan fizikal, kesan trauma akibat kejadian itu juga masih jelas kelihatan pada diri Zaim.
Sepanjang 3minggu ini dia nampak seperti ketakutan untuk hidup seperti biasa.
Menurut Zulaikha, anaknya kini memerlukan dirinya sepanjang masa kerana masih dihantui rasa takut selepas kejadian tersebut.
Dalam perkongsian sama, Zulaikha menyifatkan Zaim sebagai seorang anak yang baik dan banyak membantunya melakukan kerja-kerja harian.
Perkongsian penuh:
Terdahulu, mStar melaporkan seorang remaja lelaki berusia 14 tahun mengalami keretakan pada bahagian tengkorak, pendarahan dalam kepala serta telinga kanan selepas didakwa dipukul empat remaja di sebuah kawasan perumahan di Cheras, Kuala Lumpur pada 2 Julai lalu.
Berdasarkan laporan sama, video kejadian yang dikongsi di media sosial menunjukkan rambut mangsa ditarik sebelum dijatuhkan secara paksa ke lantai dan kemudian ditampar.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




