LATEST

‘Ibu rindu kakak sangat-sangat, baliklah sayang’

‘Ibu rindu kakak sangat-sangat, baliklah sayang’

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang ibu tunggal merayu supaya anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Jumaat lalu, pulang segera ke pangkuan keluarga.

Nurul Aida Alias, 34, berkata beliau bimbang kerana anak kedua daripada enam beradik itu, Wan Zulaikha Mohd Zafari, 15, keluar rumah dengan tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri.

Menurut Nurul Aida, kehilangan Wan Zulaikha hanya disedari pada sebelah pagi apabila mendapati bilik tidurnya kosong.

Katanya, dia sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan Wan Zulaikha dan berharap dia dapat ditemui dengan segera dalam keadaan yang selamat.

“Ini kali ketiga dia menghilangkan diri. Sebelum ini, dia pernah keluar dari rumah pada Mac dan September lalu sebelum pulang semula selepas beberapa hari.

“Kakak, baliklah sayang.. sudah empat hari kakak keluar dan tak pulang. Ibu terlalu rindukan kakak.

“Kalau kakak terbaca atau ternampak tulisan ibu ini, tolonglah balik, sayang. Ibu tunggu kakak di rumah. Ibu rindu kakak sangat-sangat.” katanya ketika dihubungi.

Orang ramai yang mengetahui lokasi Wan Zulaikha boleh menghubungi balai polis berhampiran atau keluarganya dengan segera di talian 011-49696018.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news