Paris: Juara bertahan Terbuka Perancis, Iga Swiatek terus menunjukkan taring apabila mudah menewaskan bekas juara Terbuka Amerika Syarikat, Emma Raducanu untuk mara ke pusingan ketiga Roland Garros.
Bintang Poland itu hanya memerlukan satu jam 19 minit untuk mencatat kemenangan 6-1, 6-2 dalam pertembungan yang jelas memihak kepada pilihan utama kejohanan itu.
Iga kini bakal berdepan sama ada pemain kelayakan dari Republik Czech, Sara Bejlek atau wakil Romania, Jaqueline Cristian bagi merebut tiket ke pusingan keempat.
Pemain berusia 22 tahun itu juga kini sedang memburu sejarah untuk menjadi wanita pertama memenangi empat gelaran Terbuka Perancis berturut-turut sejak legenda Perancis, Suzanne Lenglen melakukannya 102 tahun lalu.
© New Straits Times Press (M) Bhd



