Imran Aqil tersipu malu, kejut tunang bangun solat Subuh depan rakan

Imran Aqil tersipu malu, kejut tunang bangun solat Subuh depan rakan

Bagi pengguna TikTok dan Twitter, pastinya lebih mengenali seorang influencer cantik bernama Dahlia Rizal yang sebelum ini dilaporkan telah mengikat tali pertunangan dengan penyampai radio Hot FM, Imran Aqil pada 21 Ogos tahun lalu.

Malah, penyampai radio berusia 25 tahun itu pernah berkongsi amalan doa Nabi Musa sebelum memikat hati tunangnya dia telah mengamalkan doa Nabi Musa sebelum memikat hati tunang untuk menerimanya.

Bakal bernikah pada hujung tahun ini, perkongsian rakannya di platform TikTok menarik perhatian ramai apabila Aqil diusik ketika sedang menelefon Dahlia untuk bangun solat Subuh.

“Bangun Subuh sayang. Jangan lupakan doakan kita,”ujar Aqil dalam nada perlahan.

Mungkin geli hati dengan gelagat Aqil yang juga anak saudara kepada pelakon Syafiq Kyle, rakannya sempat mengusik dengan membuat ‘loya’ apabila mendengar perbualan mereka.

@ammxrhxlm_

amboiii kemain loya member dia yang sorang tu hahahaha 😂🤣 #imranaqil #dahliarizal #imranxdahlia #imran4dahlia #fyp #fypシ #foryoupage

♬ original sound – Rusa Music – Rusa Music

Perkongsian itu meraih perhatian ramai di mana rata-rata warganet tumpang gembira dan mengatakan tindakan Aqil mengejut tunangnya bangun untuk solat Subuh adalah sesuatu yang comel dan wajar dimiliki.

 

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang sudah berkahwin mendedahkan ia hanya boleh dilihat sebelum memasuki alam perkahwinan sahaja kerana semuanya bakal berubah, terutama selepas memiliki zuriat.

Sumber: TikTok @ammxrhxlm_