Imran Khan ditahan pihak berkuasa

Imran Khan ditahan pihak berkuasa

ISLAMABAD – Bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang hadir di Mahkamah Tinggi Islamabad (IHC), di sini, bagi pendengaran dua kes pada petang ini ditahan pasukan para tentera.

Menurut Ketua Polis, Akbar Nasir Khan, penahanan Ketua Pakistan Tehreek-e-Insaf (PTI) itu dikaitkan dengan dakwaan rasuan yang mana beliau dan isteri mendapat berbilion Rupee daripada sebuah firma hartanah.

Beliau berkata, keadaan di Islamabad adalah ‘normal’ dan menambah Seksyen 144 telah dilaksanakan di bandar itu dan tindakan akan diambil terhadap mereka yang mengingkarinya.

Menteri Dalam Negeri, Rana Sanaullah berkata, Imran gagal hadir di mahkamah walaupun beberapa notis telah dikeluarkan sebelum ini.

“Penahanan ini dilakukan Biro Kebertanggungjawaban Nasional kerana menyebabkan kehilangan harta negara,” katanya dalam satu kenyataan sambil menambah Imran tidak didera. – Agensi